Puding karamel..yum yum..

story told by MummyAya 0 buzzss


Nih la resipi pencuci mulut paling senang nak buat.Dapat dari my mum.Memang simple yang amat.

Bahannya:

Satu tin susu cair
5 biji telur
Sedikit esen vanilla
5 sudu gula.

Bagi yang tak tahu cara nak karamelkan gula,panaskan gula dalam periuk dan pasang api yang sederhana.Tak perlu kacau.Gula akan cair dan apabila dah berwarna perang tambahkan sedikit air.Bila gula sudah cair,tutup api.

Pukul telur hingga kembang.Tambahkan sedikit esen vanilla untuk menghilangkan bau hanyir.Kemudian tambahkan susu cair.

Isikan loyang dengan sos karamel tadi.kemudian tuangkan bancuhan puding perlahan lahan kedalam loyang.Kemudian kukuslah selama 25 minit.Apabila sudah sejuk boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.Kemudian hidangkan.Walla....

Kuih Cakoi

story told by MummyAya 0 buzzss

My family memang suka makan kuih ni.Tapi kalau nak beli payah la sebab nak kena tunggu pasar malam or bazar ramadhan.Baik try sendiri kalau rajin.
Bahan-bahan:

400gm tepung gandum
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli

3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut

4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih

5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle

6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips

7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.

8.lepas tu goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

9.bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal,kaya atau bubur kacang. Happy CoOking

Resipi Kuih Tiram

story told by MummyAya 0 buzzss

My new project on a lovely Monday.Sedap kuih ni.Tapi leceh skit.


Bahan-bahan

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
6 sudu tepung jagung
6 sudu minyak

Cara-cara

1. Satukan bahan bertanda minyak dan tepung jagung, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli.
3. Uli doh supaya jadi nipis.
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan campuran tepung jagung dan minyak..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & taburkan dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Petua Untuk kuruskan badan @ slim melim..

story told by MummyAya 0 buzzss
Dari mulut nenek tempayan..Alkisahnya....

Ramai la cik puan-cik puan di luar sana,termasukla aku yang bersungguh-sungguh nak kurus.Berbagai-bagai petua dicuba,ubat ditelan,diet dijalan tapi kengkadang jer turun.Tu pun turun ciput,naik balik.(Tu sebab hangat-hangat najis ayam cam haku..hehe)

Untuk dipendekkan cite,dari zaman sekolah aku memang cepat sikit membesar,montok gitu..sebab ikut mak aku yang badannya body frame besar.(so bukan salah aku la ek.muahaha).

Tiap kali mama aku nak menguruskan badan,aku pun join sekali.Biasalah,anak emak.Like mother like doter..So macam-macam la kaedah yang di try.

Actually kaedahnya berkesan,cuma malas nak mengamalkannya.Tapi bila dah start keje,ari-ari bz lelama badan pun secara naturalnya turun tapi tetap maintain gebu okey...

So bagi yang nak try petua-oetua semulajadi dari nenek tempayan nih silakan..Tak rugi pun.Sebab buat sendiri.

PETUA 1

Buatlah air limau nipis tanpa gula dan minum setiap kali selepas makan.Ingat!No sugar.Kalau tambah gula,takde maknanya.










PETUA 2

Ambil dalam 10 helai daun pandan.Rebus dengan air.Lepas tu minum.Minum 2 kali sehari cukuplah.Badan pun secara automatik jadi wangi.Serius ni.
(Nih aku tak tahu la betul ke tak tapi time aku try tu mak aku kata kat hong kong dah susah nak cari daun pandan tau.Sebab semua ladies kat sana amalkan untuk jadi kurus.Wallahhualam..)

PETUA 3

Ambil sebiji timun,kisar dengan segelas air then minum.Actually aku dah try.Airnya mmg sedap la.Cam air tebu jer.Campur gula sikit.Minum 2x sehari.

PETUA 3

Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!Kalau nak mengunyah jugak,kunyah kismis je.Automatik jadi bijak.Tambah IQ..

PETUA 4

Ada orang kata,minum air asam jawa yang direbus dengan bonglai.

Apakah itu Bonglai?
Bagi yang tak tahu,sila rujuk gambar di bawah.



Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Ambil segenggam asam jawa yang telah diperah pekat.

2. Ambil sedikit akar kunyit dan akar bonglai.

3. Kemudian rebus perahan air asam jawa, akar kunyit dan akar bonglai dengan menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih.

4. Bila air rebusan dah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.

5. Lepas tu, minumlah air rebusan tersebut pada setiap pagi.

6. Amalkan sekali jer dalam sehari.

PETUA 5


Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melancarkan sistem bendalir dalam badan sekaligus menaikkan kadar metabolisme anda...Selain tu it's good untuk membuang toksin.





------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually banyak lagi petua yang dah biasa kita dengar.Macam makan lebih buah-buahan,naik tangga instead of using lift or elevator,exercise..tp yang pentingnya adalah disiplin diri dan sejauh mana kita mahu berusaha untuk dapatkan bentuk badan yang sempurna.Tapi pada pendapat aku la,tak perlu la nak kejar cutting badan macam J Lo ke,Jolie ke,cukuplah asal sedap mata dipandang dan yang paling penting sihat.Don't do anything because of other people but yourself.Barulah ikhlas.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

As I am..Superwoman

story told by MummyAya 0 buzzss



Superwoman

Everywhere I'm turning
Nothing seems complete
I stand up and I'm searching
For the better part of me
I hang my head from sorrow
state of humanity
I wear it on my shoulders
Gotta find the strength in me

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I'm a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I'm a Superwoman

For all the mothers fighting
For better days to come
And all my women, all my women sitting here trying
To come home before the sun
And all my sisters
Coming together
Say yes I will
Yes I can

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I'm a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I'm a Superwoman

When I'm breaking down
And I can't be found
And I start to get weak
Cause no one knows
Me underneath these clothes
But I can fly
We can fly, Oh

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I'm a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I'm a Superwoman



Funny Talking Cats Videos

story told by MummyAya 0 buzzss
Kelakar sungguh aku rasa bila tengok video nih.Membuatkan aku terfikir,apa la agaknya kucing aku selalu cakap bila dia meow meow tu???

Nak Licinkan Kulit Tak?

story told by MummyAya 0 buzzss

Tak perlu pergi spa,kita buat spa treatment kat umah je.Apakata buat lulur badan sendiri?Me time dedolu rajin betul la buat lulur-lulur nih.Maklumlah zaman sekolah-sekolah dulu kan..sekarang nih tak berapa rajin dah.Tgk la nanti-nanti kot datang balik minat nih.Hehehe.

Nak buat lulur nih mmg senang.Sebab bahan2 basicnya mudah didapati di rumah.Kutip je daun-daun pokok merata keliling rumah tu,jadilah lulur.Ala-ala scrub gitu.Hehe.Jangan amik daun gatal sudah.

Memula,amik secawan beras,kisar dalam blender bg jadi halus.Macam kisar gula halus tu.



Pastu kalau rajin,lepas blender tu tumbuk la bagi lagi halus.Tak tumbuk pun takpe sebab selalunya kalau dah blender memang halus punya.

Then amik seketul kunyit hidup,kisar sampai halus.



Then cik puan-cik puan campurkan dengan beras yang sudah dikisar tadi.Tambahkan 3 biji perahn air limau kasturi.




Campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes yang separa pekat.Then bolehlah cik puan sekelian mula melulur badan cik puan.Simple yet affective.Kalau tak caya tryla.Memang licin badan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday Begins wif a Bite Of Pancake

story told by MummyAya 0 buzzss


Dah few days dah teringin nak makan pancake dengan susu.Orang lain maybe suka makan pancake dengan jem,honey,maple syrup,but aku suka bangat makan pancake cengginih.So sibuk la google cari resipi sebab dah tak ingat measurements.(Walaupun kalau main campak-campak pun sure jadi).

Just to share la kan...

Resepi penkek

Bahan-Bahannya



1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu besar minyak sayur

Cara-cara



Pukul telur bersama gula, masukkan minyak, susu, garam, gandum dan baking powder. Kacau sehingga sebati, jika perlu tapis adunan tadi. Masukkan 2 sudu besar ke dalam non stick pan. Siap.


Kalau taknak makan ngan susu,makan ngan honey.yum yum.




Tak pun makan dengan jem strawberry ker.




Boleh letak macam-macam lagi.Kaya ke,butter,gula je ke,ice cream(yum yum),terpulang pada selera masing2.

~Happy CoOKing~

WeLCome..

story told by MummyAya 0 buzzss

Assalammualaikum..

Hi All..

Finally a new 'house'.

Sebenarnya dah lama nak buat blog.Just to share some thoughts of mind kan.Tapi tak berkesempatan.So sekarang dah ada kelapangan,bolehla start menulis.Gatal betul jari-jari nih bila tak dapat menaip di keyboard.Hehehe.

For my first post nih memang me tak ada idea lagik.Tunggu la nanti-nanti.Lagipun right now baru pas subuh(time tulis post nih),so agak sleepy2 skit.Masih clueless.

Muudah-mudahan selalulah update nih blog ni supaya current dan tak basi.

Insyaallah.




ZZZzzzzzZZZzzZzzzZzzZZZzzzzZZZzzzZZZzzzZZZZzzzzZZZZZzzzzzzZZZzzZZzzzZZzZZzzZzzzzzz