Another Fallen Angel

story told by MummyAya 0 buzzss

Panas betul hati aku bila baca kat paper pasal baby aaliyah iman tuh yg didera oleh teman lelaki ibunya yg berbangsa sudan hingga mati.X cukup dgn tu,dia liwat,rogol,dera lg sepanjang setahun dia tinggal bersama arwah dan mak arwah.Aku rs sakit hati sgt.Ni first time jd kat negara kita sekejam mcm ni dan paling teruk ini sebab org luar.Bukan aku racist tp kebanykan mereka ni masuk negara kita buat kurang ajar.Sebab aku pun da pernah kena kacau ngan mamat2 gelap ni.Sakit btl hati aku.Selayaknya mereka ni dihukum mati.Tp rsnya boleh jd la sebab mereka didakwa atas akta 302 yg lazimnya memang hukuman mati mandatori.Bagus pun.Aku x dapat bayangkan betapa sekdanya budak tu waktu kena semua tu...Kena pukul lg.Tgk je kesan lebam pd mayat arwah tu.Ya Allah....X dapat aku bygkan.Aku pun sebaya jugak dgn si ellina tu tp kenapa aku boleh je syg anak aku?!!Mmg bangsat btl!!!!Arggghhhh!!!Kalau aku jumpa mmg habislah perempuan tu.Aku bet org ramai pun akan ludah je dia.Ya Allah,bayangkan betapa takutnya dia,betapa sakitnya dia.Damn!

Apa pun,mungkin Allha ambil dia lebih awal utk elakkan dia dr lebih menderita.Byk hikmat disebalik perkara ni.Biar buka mata rakyat negara ni.Buka mata semua org.

Ya Allah,tempatkan lah aaliyah iman hussin abdullah di kalangan ahli2 syurgamu Ya Allah.Semoga rohnya tenang disana.Ikhlas dr hati ku,umpama seorang ibu padamu aaliyah.Al Fatihah.

........................................................................................................................................................................


KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.



Sekadar Renungan~nasib bayi malang

story told by MummyAya 0 buzzss

Kisah ini aku baca dr arkib akhbar UTUSAN.Sedih yg teramat mengenangkan masa depan bayi ini yg seperti sudah benar2 gelap..Bayangkan la,lumpuh,kaki dipotong,mata dijahit..Ya Allah,semoga dia sentiasa dilindungiMu.

Sayang anakku Akmal Haris

Oleh Siti Zaleha Jorimai


TERLANTAR... Beginilah keadaan Akmal Haris yang hanya mampu terbaring
dengan mata terpejam rapat setelah dijahit bagi mengelak jangkitan kuman.
------------------------------------------------------------------------

BERAPA ramai ibu yang pernah menempuh pengalaman menyambut ulang tahun
kelahiran anak dengan menyorongnya masuk ke bilik bedah.

Ketika anak tersebut sepatutnya girang meniup lilin dan memotong kek
hari lahir sambil dikelilingi rakan-rakan sebaya, tubuhnya terlantar
tidak bermaya di atas katil ditusuk jarum suntikan dan pisau pembedahan.

Pilu mendengarnya, tapi jauh lebih memilukan bagi yang pernah
melaluinya. Bahkan, tiada kata-kata yang mampu mengungkap perasaan
seorang ibu menempuhi pengalaman sebegitu.

Bagi ibu muda, Rozarina Bukari, 35, ia umpama mimpi ngeri yang akan
menghantui kehidupannya sampai bila-bila.

Segalanya bermula apabila anak keempatnya, Akmal Haris Shamsul Anwar,
satu tahun enam bulan, mengalami musibah atas kecuaian pihak yang diberi
tanggungjawab melindungi dan menjaganya.

Setiap kali bercerita mengenai peristiwa malang itu, air mata Rozarina
pasti deras mengalir.

Menceritakan semula tarikh hitam 7 September 2005, Rozarina masih
mengingati satu demi satu detik cemas yang terpaksa dilalui.

Katanya, petang itu dia menerima panggilan daripada pengasuh dari pusat
jagaan kanak-kanak (taska) tempat Akmal ditinggalkan pada pagi tersebut.

Si pemanggil beberapa kali meminta dia datang ke taska, tetapi peliknya
enggan memberitahu sebabnya walaupun selepas didesak berulang kali.

"Hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku.
Bergegas saya ke sana dan setiba di sana saya lihat seorang pengasuh
sedang mundar-mandir mendukung Akmal.

"Mulanya pengasuh berkenaan enggan menyerahkan Akmal sehinggalah saya
menjerit supaya menyerahkan anak saya. Ketika dalam pangkuan, saya lihat
keadaan Akmal sudah lembik tidak bermaya dan setelah didesak baru mereka
memberitahu anak saya jatuh buai.

"Saat itu juga saya bawa dia ke klinik berhampiran dan doktor
memberitahu keadaan Akmal serius perlu dihantar ke hospital. Doktor juga
memberitahu anak saya sudah diserang sawan sekurang-kurang 40 minit
sebelum tiba di klinik.

"Kemudian baru saya tahu, Akmal rupanya diserang sawan sebaik jatuh dari
buai di mana tubuhnya jadi biru, muntah dan mulut berbuih. Malangnya,
pengasuh taska mengambil masa lama untuk menghubungi saya,'' katanya
ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

Menurut Rozarina, saksi kejadian juga memberitahunya pengasuh taska
membuai Akmal terlalu kuat dan tali nylon yang dijadikan tali buai putus
menyebabkan tubuh kecil itu melambung ke dinding sebelum jatuh ke lantai.

Sambung ibu muda itu, ketika dihantar ke hospital keadaan Akmal begitu
menyedihkan, kedua-dua mata hitamnya sudah tertarik ke tepi dan hanya
mampu mengerang apabila dipanggil namanya.

"Ujian x-ray menunjukkan kepala Akmal retak dan berlaku pendarahan. Tapi
yang lebih mengejutkan terdapat juga kesan darah beku yang sudah lama.

"Doktor mengandaikan Akmal sebelum ini sama ada jatuh atau digoncang
dengan kuat berkali-kali. Kata-kata doktor amat mengejutkan saya kerana
pihak taska tidak pernah memberitahu apa-apa tentang perkara itu.''

Buat pertama kali malam itu, Akmal memasuki bilik bedah dan kepalanya
ditebuk untuk mengeluarkan darah beku.

Tiga jam berada di dalam bilik bedah, Akmal dibawa keluar dengan keadaan
tubuh yang berselirat dengan wayar, langsung ditempatkan di unit rawatan
rapi (ICU).

"Sukar sungguh untuk saya menerima kenyataan. Bayi yang pagi tadi saya
tinggalkan dalam keadaan sihat dan riang, kini terlantar tidak bermaya.
Hanya Tuhan saja yang tahu sayu dan gundah-gulananya hati seorang ibu
menyaksikan keadaan anak yang sedemikian rupa,'' katanya menyambung cerita.

Trauma yang dilalui Rozarina dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 35,
rupanya jauh lagi dari titik noktah kerana keadaan Akmal tidak berubah,
bahkan bertambah teruk berikutan tekanan otak sebelah kanannya yang
sangat kuat.

"Doktor meminta kebenaran untuk membuang tempurung kepala sebelah kanan
bagi mengurangkan tekanan. Katanya, kepala Akmal ketika itu umpama air
yang sedang 'menggelegak' yang bila-bila masa boleh 'meledak' jika
penutup cereknya tidak dibuka.

"Doktor memberi dua kemungkinan, jika tidak dibedah Akmal mungkin tidak
dapat diselamatkan dan jika pembedahan dilakukan anak saya mungkin lumpuh.

"Bayangkan apa pilihan yang saya ada ketika itu. Saya tidak mampu
memberi jawapan kerana terlalu tertekan, tetapi pada hari ketiga saya
reda membenarkan pembedahan dijalankan kalau itulah yang dapat
mengurangkan penderitaan Akmal,'' katanya sambil menyeka air mata yang
deras mengalir.

Selepas pembedahan, Akmal dimasukkan semula ke ICU dan keadaannya
stabil, tetapi hujung jahitan pada tempurung kepalanya yang dibuang pula
menghadapi masalah tidak mahu bercantum.

Doktor terpaksa membuka dan menjahitnya semula bahagian tersebut
sebanyak tujuh kali tanpa menggunakan ubat bius kerana tubuh Akmal tidak
boleh lagi menerima suntikan tersebut.

"Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung, sedangkan kita yang dewasa luka
sedikit pun sudah mengadu sakit, inikan lagi dijahit 'hidup-hidup'.
Sampai sekarang masih terdengar-denger rengekan Akmal ketika jarum
jahitan menusuk kulitnya."

Mungkin disebabkan kesakitan itu, pada hari ketujuh suhu badannya
tiba-tiba naik hingga mencecah 40 darjah celsius. Seluruh tubuhnya
menggeletar dan sentiasa mengerang seolah-olah menahan sakit yang amat
sangat.

Doktor kemudian memberitahu, anak kecil itu perlu dibedah sekali lagi
untuk membuang cecair yang terlalu banyak pada kepalanya yang saiznya
semakin membesar.

"Ketika doktor memberitahu Akmal perlu dibedah sekali lagi, hati saya
sangat berdebar dan naluri keibuan saya seolah memberitahu saya mungkin
tidak akan bertemu lagi dengan anak cukup istimewa ini.

"Sebelum dibawa masuk bilik pembedahan saya cium wajah Akmal
sepuas-puasnya. Saya bisikan pada telinganya yang saya sayangkannya dan
halalkan susu yang dia minum.

"Saya lepaskan dia dengan hati yang berat tapi saya reda dengan segala
kemungkinan yang akan berlaku,'' katanya.

Keluar dari bilik pembedahan, Akmal koma dan doktor terpaksa menebuk
leher untuk memudahkan sistem pernafasannya. Keadaannya begitu tenat dan
doktor sendiri memberi tempoh tiga hari untuk hidup kerana tekanan dalam
kepalanya terlalu kuat.

Namun, memang benarlah Akmal anak yang istimewa, semangat untuk hidup
begitu kuat dan dia terus bertahan biarpun tempoh ramalan doktor berlalu.

Rozarina tetap bersyukur kerana Akmal terus berada di sisinya walaupun
dalam keadaan koma dengan matanya terbuka.

"Seperti yang saya kata tadi, Akmal memang anak yang istimewa. Dalam
keadaan seperti itu dia masih bertahan, malah dipindahkan ke wad biasa.

"Kebetulan waktu itu sudah masuk bulan Ramadan. Sebulan saya berpuasa
dan berhari raya di hospital. Sempat juga saya beli dan pakaiankan Akmal
baju raya," katanya pilu.

Begitupun, keadaan akmal amat daif, badannya melengkung dan kakinya
berlipat, sesekali air kencingnya mengandungi nanah.

Rasa lega Rozarina dan suami juga tidak bertahan lama apabila masalah
lain pula muncul. Disebabkan pengaliran oksigen yang tidak lancar, kaki
Akmal mengalami gengeran dan doktor mencadangkan kaki tersebut dipotong.

"Ia satu lagi pukulan yang maha hebat. Saya tolak saranan doktor kerana
pada masa itu saya fikir kalaulah Akmal mahu 'meninggalkan' saya biarlah
dalam keadaan anggotanya sempurna tidak ada cacat cela.

"Namun, satu hari saya ternampak daging kakinya yang gengeran luruh satu
demi satu sehingga menampakkan tulang.

"Kerana terlalu terkejut saya jatuh terduduk. Saat itu juga saya izinkan
doktor memotong kakinya jika itu jalan terbaik.

"Saya dapat rasakan dia cukup menderita. Namun, melihat keadaannya, saya
insaf selagi Tuhan masih belum menjemput dia sebagai ibu saya perlu
bertanggungjawab mencari penawar yang terbaik untuknya.''

Tiga bulan 'berumah' di hospital, Akmal akhirnya dibenarkan pulang ke
rumah biarpun dalam keadaan yang begitu daif, hanya terlantar dan tidak
boleh bergerak.

Usaha menyembuhkan Akmal tetap diteruskan dengan mencari rawatan
alternatif seperti berurut dan fisioterapi.

"Alhamdulillah ada perubahan, badan yang melengkung kembali lurus,
manakala kaki dan tangan yang berlipat sudah tegak semula,'' katanya
yang kemudiannya menyambung tugasnya sebagai guru sekolah menengah
selepas 'bercuti' panjang.

Begitupun kata Rozarina, kesengsaraan Akmal belum berakhir, giliran
matanya pula menerima kesan daripada keadaannya yang koma.

Disebabkan keadaan mata Akmal sentiasa terbuka, tidak berkedip dan tiada
air mata, mata hitamnya menipis dan berkemungkinan bocor.

"Doktor memberi pilihan sama ada untuk membuang biji mata yang rosak
atau menutup terus dengan menjahit kelopak matanya,'' katanya.

Tidak tahu ujian apa lagi yang harus dilalui anak kecil ini, Rozarina
hanya mampu berserah melihat kelopak mata anaknya dijahit rapat untuk
selama-lamanya.

Dengan cara itu menurut doktor, biji mata akan kecut dan diliputi daging
sekali gus mengelakkan daripada jangkitan virus jika ia dibiarkan terbuka.

Sejak kejadian malang pada usianya baru tiga bulan dan kini mencecah
setahun enam bulan, Akmal sudah melalui sembilan pembedahan besar, tiga
di kepala, tiga bagi membuang kakinya yang gengeran dan tiga pembedahan
mata.

Terkilan

Biarpun reda dengan keadaan Akmal sekarang, jauh di sudut hati ibu
kepada empat anak ini, masih terbuku rasa terkilan yang mendalam.

Keadilan yang dicari tidak kunjung tiba apabila pihak yang menyebabkan
Akmal berkeadaan begitu masih bebas daripada sebarang tindakan.

"Bukan saja tidak dikenakan apa-apa hukuman, malah pihak berkenaan kini
mengembangkan perniagaan dengan membuka sekurang-kurangnya dua lagi
pusat jagaan serupa.

"Saya bukan berdendam, saya cuma mahu keadilan bagi Akmal dan supaya
kejadian yang menimpa anak saya tidak berulang pada kanak-kanak lain.
Siasatan oleh pihak polis terhadap kes ini sampai sekarang pun tak
dengar khabar beritanya.

"Kalau kes ini kecuaian saya boleh terima lagi, tetapi ini kes
penderaan. Doktor yang merawat Akmal pun mengakuinya. Saya anggap ia
sama seperti kes merompak dan membunuh. Mereka sudah 'bunuh kehidupan'
Akmal, merompak hak Akmal untuk berjalan, melihat dan membesar seperti
kanak-kanak yang lain,'' katanya dengan air mata berlinangan semula.

Walaupun terlantar, tumbesaran Akmal seperti kanak-kanak normal lain dan
kini beratnya sudah mencecah 11 kilogram. Semakin meningkat usia, kos
penjagaannya juga semakin tinggi, lebih-lebih lagi Akmal hanya
bergantung pada susu khas berharga RM21 satu tin kecil dan dalam sebulan
dia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tin susu.

Penjagaan terhadapnya juga perlu dilakukan berhati-hati memandangkan
sebahagian besar tempurung kepalanya sudah dibuang dan hanya diliputi
kulit serta rambut hitam lebat.

Setakat ini menurutnya, hanya pihak Yayasan Kebajikan Negara yang
mengambil peduli dengan memberi bantuan lampin pakai buang dan susu
selama setahun.

"Pihak taska sudah tidak ambil tahu, malah sejak insiden itu mereka
hanya datang dua kali menjenguk Akmal di hospital dan menghulurkan duit
sebanyak RM2,000,'' katanya.

Selain dari segi kewangan, kejadian yang menimpa Akmal memberi kesan
kepada seluruh keluarga termasuk tiga lagi anak Rozarina, Farhana
Shamsul Anwar, 8, Adam Illman, 6 dan Aizad Haqimi, 3.

Menurutnya, sesekali mereka merungut tidak dapat lagi bercuti ke
tempat-tempat yang mereka sukai.

"Bukan tidak mahu membawa mereka bercuti, tetapi keadaan Akmal
menyukarkan untuk kami bergerak ke mana-mana. Begitupun, saya berusaha
juga sedaya upaya memenuhi permintaan mereka,'' katanya.

Sebagai ibu, tekanan yang dirasai oleh Rozarina juga bukan kepalang
hebatnya, lebih-lebih lagi apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan
pada anak kecil itu.

"Pada hari lahir saya baru-baru ini, dek kerana terlalu rindu dengan
pandangan mata Akmal, saya bisikan pada telinganya, 'bukalah mata Akmal
dan ibu ingin sangat melihat Akmal berjalan walaupun dalam mimpi'.

"Permintaan saya dimakbulkan Tuhan, sayangnya mimpi itu bukan berlaku
pada saya sebaliknya pada pengasuh yang menjaga Akmal sekarang. Dia
bermimpi melihat Akmal berlari dan tersenyum,'' katanya sambil mengesat
air mata yang tumpah untuk sekian kali.

*Aku pasti x mampu melalui semua ini........

Jari jemari gatal menari

story told by MummyAya 0 buzzss

Eheh..tajuk cam gatai jerk..hehe...

Bkn pe..arini menyambung semula kerja2 menyiapkan doorgift utk wedding abg ku next month.Bukan ape,time soppin kat jalan TAR wif mama last week,tetibe dia offer kut2 aku nak join buat gifts skali sbb nampaknya my mum da x sempat nak buat.Dia tgh sibuk nak buat bunga pahar..and her choice is bunga dip.Bunga dip ni mmg lawa,ekslusif tp leceh la nak buat.So aku pun terima jela pelawaan mama tu.Mengenangkan yg aku mmg bnyk masa terluang.Nak buat dalam 500 je.Sebab aside from that my mum da beli bakul kecik2 katanya.And niat aku mmg nak tambah lg 300 doorgift utk kanak2.Cekelat la tu..tp rasa cam nak beli lolipop yg swirls tu,then letak dalam pretty clear wraps,and ikat ngan reben.Comel gilos.Tgk la cemane nanti kan...

UPDATE:Cik Yaya

story told by MummyAya 0 buzzss
Hurm...da lama la mood berblog ni hilang.Mungkin sebab sibuk berfacebook kot..hehe...Tapi mulai sekarang nak rajinkan diri melawat blog semula la...dah bosan pulak dengan facebook..The craze is Over.

Lama jugak x tempek pic Cik Yaya Icha kat cni...


Ni la wajah comel Cik Yaya time pergi kfc aritu.Nih first time mummy and dd bg dia duduk kat baby chair time dine out.Ok la..hepi je sebab kena suap ngan chicken.Favourite dia tuh.Tp mulut tu duk potpet potpet x berenti.Sampai 1 kfc duk senyum2 tgk dia ckp 'jerman'..hehe.Tomey anak mummy nih..

Cik Yaya skang d apandai berdiri lepas tgn.X lama lg da nak berjalan la kot.Sukenya..X sabar nak tgk dia lari2 keliling umah.Hehe.

And menjelang besdaynyer yg pertama,dia da pandai minum susu guna botol.Actually bkn x pandai cuma xnk.Kalau mkn selalunya mmg minum air masak guna botol.Tp b4 ni dia akan check dulu botol tu...putih ke plain..kalau putih,dia tau la susu.Terus dia campak je botol tu..Sabau jerla.

Xperla..slowly...lama2 mau la tu..anak mummy kan bijak:)

I'm Back...Exhausted

story told by MummyAya 0 buzzss
Lama jugak aku x update blog nih.Mcm2 yg terjadi.Sangat sibuk diri ini.hehe.

Mula dr tanggal 26/7 yang lalu,keluarga aku redha menerima pemergian nenda tersyayang ke rahmatullah setelah 3 tahun bergelut dengan penyakit alzheimer.Alhamdulillah semua ahli keluarga berada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas yg terakhir.Aku tak tahu kenapa tp aku tersangat murah air mata pada hari itu.Mungkin mengenangkan arwah yg membesarkan aku dr umurku 3 bulan hinggalah 7 tahun.Aku adalah cucu bongsu yg sangat dimanjakan.Paling sedih ketika nenda tercintga dikapankan,aku jadi terlalu sebak.Lalu aku,yong,mama,dan makcikku x dapat menahan juraian air mata..Huh..yang pergi tetap pergi.Lagipun dia telah terlalu uzur.82 tahun.

Aku ingat lg,hari sabtu tu my mum and my sis semua sibuk call aku suruh balik.So aku decide balik ke kg dan sampai dalam pukul 5 ptg.Sampai je aku terus cium opah.Mulutnya ternganga,matanya tertutup.Tapi bila aku panggil 'opah',seakan akan nafasnya lebih kuat.Mungkin dia sedar 'ya' dah balik.Mlm tu aku teman mama,yong dan ciknyah yg bergilir gilir menemani dan membacakan yassin utk opah.Dalam pukul 3 lebih kurang,aku yg mmg duduk bersila depan opah sedar yg opah tetiba buka mata.Aku mcm x percaya,terus panggil mama,and mama pun duduk dkt opah.Makin lama nafasnya semakin keatas,lalu semua ahli keluarga dikejutkan.X sampai 5 minit kemudian opah pun pergi selamanya.Semua yg ada terdiam.Mama pula dipeluk abah dgn ungkapan sabar.Atuk pula mula memeluk jasad opah sambil berkata 'Dah aku tinggal sorang..Aku dah xde sape lg..."Sedih btl aku.

Siang tu mula dr lepas semayang subuh rumah dah penuh dgn pengunjung.And by noon,semua sedara kau from all over msia da sampai.Mmmg ramai.Sampai jem kg aku.Ape pun syukurlah,ramai yg sempat menjenguk arwah.

Ptg tuh sambil memasak utk utk kenduri tahlil,masing2 tersenyum sambil bercerita ttg opah ketika akhir hayatnya.Opah mmg nyanyuk.Penyakit org tua.Jadi perangainya kembali seperti kanak2.Mmg dia x ingat pada kami.Cuma kadang2 je...Rindu kat pah..

........................................................

So start drpd tu tiap2 minggu aku balik kg.Then last week aya plak tetibe demam.Panas giler badan dia.Sampai lembik.Kelam kabut aku bwk dia gi kpmc kul 2 pg.Lama jugak br nak reda.Dalm seminggu sebab disusuli dengan demam campak palsu yg mcm x palsu pon...Alhamdulillah da ok.Tp time demam aya mmg xnk mkn org minum susu sgt menyebabkan dia hilang berat bdn bnyk sgt.Sampai tggl 7.2kg bila doc check.Doc tu plak ingat aya underweight.So now dia da sihat,dia da start mkn bnyk balik.Nanti ujung bulan nak gi wat check up,nak tgk berat dia balik.Dah naik da tuh.

Time aya demam tuh,aku doa kat tuhan biarlah dia cepat sembuh.Xpe,jangkitkan jer demam tu pada aku.X sanggup aku tgk dia helpless mcm tuh.Mungkin Allah kabulkan doa aku,now aku dah dkt seminggu demam.Siap hilang suara lg.Huhu.

Apa2 pun,hidup ni mmg bnyk dugaan.Kadang2 benda tu jd tanpa disangka sangka.Dan mana tau ada kejutan disebaliknya...Wallahualam...

~GIvIng Out FReAkY-FuN-FriDAy HuGs!~

story told by MummyAya 1 buzzss





Seronoknyer bila time weekend.Especially bila weekend ujung2 bln nih.Hehe.Seronok2..x tau la nak buat apa.Actually da bnyk da plan aku.

Nak bawak yaya jumpa auntie syidotnyer.Last week had to cancel.Padahal Cik Dot kata dia da siap bawak kamera lagi nak suruh cinonet ai nih posing.Sori ek Cik Dot.Minggu nih kite jumpa.And to Has,sori la,x dapat le nak jumpa almaklumla org tu dah jauh dimata.Paka nun jauh weh..Tak dapat jumpe mung..Nantila mung balik sini,mung datang lawat anak buah mung nih,k?

Ingat nak gi picnic.Tp biasalah,aku kalau weekend terlewat skit bgn.Manja2 gitu..ehehe.Ada gak ajak babah yaya nih gi zoo..dia ya kan aje.Katenya jgn nanti mummy x bgn sudahh...Biasa la tu.



Then ada gak plan nak balik kg.Makan deroyan.Dah nak habis musim dah pun.Tu pun kalau daddy antar keta gi servis.Bnyk benda mummy nak tukar nih.Tp....dd kata..tgk la dulu.Cam x jd je tu..



Tp kan...nak ajak dady gi jalan2 tepi pantai.PD ke..melaka ke...beshnyer.Aku dah setahun x gi pantai.Last pergi pun time aku ngandung dulu.Sempat gak geting2 tepi pantai walaupon memboyot.Sambil bersila atas tembok tu,makan ais krim.Nyum nyum..Tp kalau gi waterfalls pun ok kan?

But..One thing for sure...mesti gi shopping.Confirm la.Agaknya apa dd nak treat mummy this month.Ini lg ker??Rasanya x kot.Jemu dah.


We'll see ek..kemana kaki melangkah.Kemana selera bertambah.err...

~JoN & kATe PLUs 8..IT's OveR.ThEy'Re DivOrceD!~

story told by MummyAya 0 buzzss

Whoever did watch this?Well i did.Jon and kate were supposedly happily married couple with 8 small children under 1 roof.At first they went for fertility treatments and got a pair of twins.And a year later they decided to give it another try for one more child but they end up getting a handful of 6.3 pairs of twins.

Yup..it was hard.Knowing that their marriage was over.How would the kids be?At first mummy pun cam terkejut jugak.Knowing from the show's tag line.But later when i Google,gosh,it was all true.Too bad.Maybe it wasn't really a 'reality' show after all..what they showed on tv..

The show wasn't really a hit in malaysia so we didn't get any chance to hear the gossips and news that has been rumoured around.What i read was,Jon was with another woman.A dumb blond.And kate still with the children.Pity her.

This really proved that a mother would always be a mother.No matter if she spanked them for misbehaving or when the husband cheats,she's still a mom.Wishing all the best for them.

I guess this is the outcome when we don't have some quality time with our man.No matter how busy we are with the kids,we should kept some time aside for him.Maybe some would say that i'm just a talker but i tried my best with my man.ehem..My dearest daddy.

I hope that they would get some counselling.And Jon,please grow up!Even kate needs a break somtimes but she's not yelling for it.DuH!

http://www.mns.co.uk/01214536.html

~IF U HAve ThE HeArT..ReAD THIS!!~

story told by MummyAya 0 buzzss
Diana Nelson,6 week old infant,was beaten to death,dipaksa menelan xanax,an anti depresant pill,melecur akibat dibakar dgn puntung rokok.Rest in peace.And to all babies out there yang menjadi mangsa kezaliman manusia yg sepatutnya mati.

There's nothing much to say..Just read this if u have the heart to.

http://en.wordpress.com/tag/child-abuse-homicide/

~SeLepAs KAwiN...LoL~

story told by MummyAya 0 buzzss


Ayat Selepas Kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha




Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….



Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….




Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..



Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh...
Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!



Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…



Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK
..

More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

..........................................................................................................................................................................


~MaKaN-MaKaN BeRSAmA CiK YaYa~

story told by MummyAya 0 buzzss


Today aku bawak anak daraku yg cinonet tu gi giant.Sajer2 jenjalan sambil membeli brg dapur skit.

Sempat la jugak treat aya ice cream choc..Dia mmg suke.

Muka hepi pas makan ice cream.cememeh..



And belikan nestle gold cereal untuk dia.Aya nih mkn mcm2 food.Sebab dia kalau asik flavor sama je nanti dia buhsan.So i tried giving her different kind of cereals for each meal.Aya 1 day mamam 3 kali approximately.Between meals ada snack time.Iaitu makan biskut heinz or milna rusk.Bagi dia gigit2.And aya still fully breastfeed.

Nih la koleksi makanan cik yaya.Yang dalam tupperware ijau tuh flavor chicken and vege.Then ade perisa rice and milk,brown rice and milk,honey with wheat,and nestle rice with apple and cranberry.And ade lg satu perisa cereal dia iaitu mixed fruits.Rusk plak ade milna rusk yg ori flavor,heinz ori flavor and heinz orange flavor.Sumenyer untuk cik yaya.Nak pujuk bg dia mkn.Xpela,bak kata daddy,"Ape saje utk anak tersayang."