Ibu bantu buang mayat cucu

story told by MummyAya



Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my

SEORANG penduduk menunjukkan tempat mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan dibuang di Taman Desa Aman 2, Sungai Lalang, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Sebaik sahaja anak perempuannya melahirkan seorang bayi lelaki, seorang wanita terus membungkus cucu yang telah meninggal dunia itu ke dalam plastik hitam dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Itulah tindakan wanita yang merupakan nenek kepada bayi tersebut bagi mengelak rahsia anaknya terbongkar dalam kejadian yang berlaku di Taman Desa Aman 2, Sungai Lalang awal pagi semalam.

Bagaimanapun, dia, suami dan anak perempuannya itu ditahan selepas Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) membuat laporan polis kerana mereka cuba menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assistan Komisioner Hashim Ali, gadis berusia 20 tahun itu melahirkan bayinya bersendirian di dalam biliknya pada pukul 5 pagi semalam.


Kadang2 aku terpikir knp la ade org sanggup buat mcm ni?x boleh ke jg elok2 budak tu sampai kuat skit,then letak elok2 kat surau ke time subuh ke..at least x la mcm ni.Drpd di buang merata.X ke seksa budak tu?cuba korang plak rs seksanya menanti maut mcm tuh?Bodoh btl.
Tp kita mmg x bleyh buat ape2 pon.Sebab kita x tau sewaktu ianya terjadi..dan sebab baby tuh bkn anak kita.Yg kita leh buat ialah jg anak kta elok2 and pastikan dia x mengalami nasib yg sama atau hampir serupa kecelakaannya.And pd yg bunuh or seksa baby nih,the judgement day will come altering after you.Then rskan la sendiri apa yg dialami bayi itu tatkala dia gembira bergelar bidadari di syurga.Amin.

0 buzzss on "Ibu bantu buang mayat cucu"

Post a Comment